Tuesday, February 21, 2012

PADA ANGIN KU KIRIM RINDU
Desiran lalang ditiup angin
bagaikan bisikan biola
saorang seniman tua
sayu dan mendayu
daun nyior melenggang lenggok
bagaikan menari-nari di awang-awangan
burung layang-layang beterbangan di angkasa
sambil berkicauan
penuh kebahgiaan
hembusan angin
menyapa rasa kerinduan yang tak berpenghujung
aku yang terpinggir menahan rasa sepi
pada angin yang menyapa
ku kirim rasa rindu yang terpendam....

Monday, November 14, 2011

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Nak sangat tarikh 11/11/11 tu kan. nah baca. Dalam kitab satanic the holy is satan. Yg Mr St Wingston Father Satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia. Dan org akan memuja2 pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan. Sebenarnye orang tak akan tahu apakah makna tarik tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesat semua agama Islam, Kristian dan Buddha. Dan di mana nanti Yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat ank2 adam, St Mary and Crist Jesus.

*Saya perlukan kepastian tentang perkara ini...

Sunday, October 30, 2011

PEPERANGANKU......

Aku berperang dengan jiwa ku

Aku berperang dengan kehendak ku

Aku berperang dengan nafsu ku

Aku berperang dengan tanggungjawap ku

Aku berperang dengan masyarakat ku

Apakah pengakhir peperangan ku....

Nukilan PaidenRich


Friday, October 28, 2011

KONFERENS NEGARA ISLAM: DUNIA MENUJU KHILAFAH'


Jemputan Ke KONFERENS NEGARA ISLAM: DUNIA MENUJU KHILAFAH'
Tarikh: 30 OKTOBER 2011 (AHAD)
Masa: 8.30pagi - 1.00ptg
Tempat: Dewan Perdana 1, Hotel Nouvelle, KM8,
Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Seri Kembangan, Selangor
(Berhampiran Plaza Tol Sg. Besi)

Koordinat GPS : 3° 2'54.28"N 101°42'21.83"E
Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir


 altalt



Hotel NouvelleHotel Nouvelle 

Monday, October 24, 2011

Nasib Gaddafi


Beginilah nasib Gaddafi yang awalnya pejuang tetapi berakhir hayatnya sebagai petualang. Semua jasa-jasa beliau langsung dilupakan, malah mayat beliau turut dihina.

Antara Kebaikan Gaddafi untuk rakyatnya ialah:

1. SETIAP rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak pertrol yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing.

2. GADDAFI pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memeliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa mempunyai rumah, Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk di dalam khemah.

3. BANK Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam urusniaga.

4. RAKYAT yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

5. RAKYAT tidak dikenakan sebarang bayaran untuk penggunaan letrik.

6. PENDIDIKAN diberikan secara percuma kepada semua gologan masyarakat.

7. KEMUDAHAN perubatan juga diberikan percuma.

8. PASANGAN pengantin baru akan mendapat sekali bayar berjumlah 6,000 dinar sebagai insentif perkahwinan.

9. PEMBELIAN kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

10. SISTEM pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelak rakyat negara itu daripada bergantung sumber asing.

11. RAKYAT dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.

12. LIBYA mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran negara itu.

13. KADAR celik huruf adalah 90% sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf hanya 10%