Monday, December 20, 2010

Dalam Seminggu......

Asmlkm....hm....apa nak tulis ni...aduh bleeer......

Ok lah.... aku tau sepatutnya aku kena tulis blog ni tiap2 hari, tapi apakan daya masa mencemburui aku..... x taulah menjadi kesalahan ke tidak kalau aku cite pasal activity aku dalam seminggu ni.....
Ok biar aku mulakan cita aku k.....
Ahad... aku p kenduri sepupu aku d Bangi... x de cita menarik, seperti biasa aku ni suke amik gambar, so ni lah hasilnya...
Pengantin lelaki ni sepupu aku, jongos c kit..heehehe

Taniah Apic....kawin juge kau ye......


Ok...cukup cite pasak kawin.....


Hm.....belah petangnya aku ke Jom Heboh di Bukit Jalil, bukan pergi untuk bergumbira, aku kesana untuk kerja, agak lewat juga aku sampai, orang punyalah ramai, mejerotinya orang melayu kitalah...

Sempat juge aku bergambar dengan Dato Sri Farid Ridzuan, lepas je aku bergambar dengan dia, berkerumun orang nak bergambar dengan dia, orang kita ni semua tunggu orang mulakan, pas tu baru terhegeh2 nak follow...hm... kesian Dato Sri.... sory ya Dato Sri....




Bebudak ni semua aku x kenal, lupa pulak nak tanya mai dari mana, dia orang mintak aku amik gambar, kata dia orang jangan lupa tampal kat Maybank...aku cakap tunggu nanti muka korang keluar kat iklan Maybank....gelak besar dia orang......hehehe
Op....Maybank...soly jgn marah ye....









Ha....ni santapan malam aku....ok x.......




Isnin.....Selasa...n......Rabu, aku d  K.L.. krusus 3 hari....yang bestnya, aku dan beberapa orang  kawan2 aku dapat stay kat Hotel....rasa macam pelancong pulak, duduk dalam lembah kelang, tapi stay kat hotel, x terfikir dapat stay hotel dalam K.L.....yang bestnya kami jadi bengong, lepas kelas nak pergi mana, bincang punya bincang.... hehehe kami pergi KLCC n Jalan Pertaling....


kesian mamat ni, nak bergambar dengan awek x de, so bergambar dengan poster pun jadilah...

 Muka2 bakal usahawan berjaya.....

 Ni dalam LRT Putra O.T.W ke KLCC

 O.T.W to Jalan Pertaling
Korang perasan x, aku silap pandang ke, aku memang rabun, tapi boleh perasan...ejaan tuan panglima Hang Kasturi jadi Hang Kastur je....
Camnalah benda yang penting cam ni boleh orang2 yang berkenaan x perasan.....his3....

Tabik spring to polis2 c ni........



Hm....tentu kau orang heran napa pulak aku tunjuk gambar lubang ni,
Untuk pengetahuan korang sesampai je aku kat umah,dalam keadaan kepenatan baru balik dari krusus 3 hari tu, aku dapati besi penutup longkang rumah aku x de....tanya jiran, katanya x perasan..., aduh bengang n mengong jap jadinya,So dah sahlah kena curi, aku p buat report kat balai berhampiran, pak polisi boleh buat lawak pulak, katanya "ada jiran pinjam kut, x pun kau sendiri p jual" eh eh le.... aku buat dek je....dah lah duit aku nak kuar beli yang lain, dia boleh buat lawak pulak...huhuhu..... sabor jelah......

Ok......cukup sampai c ni je cite aku .... sebenornya banyak lagi nak aku citekan....tapi apakan daya, rasa malas pulak...hehehe..jangan marah n borring ye......ada masa aku cite lagi pasal kehidupan aku yang bercelaru tapi hapy....
Op...pada yang rasanya aku tersinggung perasaannya, berbanyak mintak maaf ye.....lain kali aku nyingong lagi bolehkan...hidup ni kalau lurus je x bestlah.....x gitu....heehehehe..ok..tata..titi..tutu....Wasalam.....

Friday, December 10, 2010

Pusat Rawatan Diabetes, Gombak Setia....

Ok....biar aku cita sikit tentang tempat ini ya. 

Sebenarnya ianya ialah tempat orang2 yang ada penyakit diabetes membuat rawatan,,lebih senang dikatakan tempat orang yang mengidap kencing manis pada tahap kritikal yang mana kebanyakan darinya telah menerima rawatan dihospital dan telah dibuang sebahagian kakinya (dipotong)....
Tempat ini terletak didaerah Gombak dan berada dalam kawasan Gombak Setia.....Sebenarnya tidak susah untuk kesini kerana ia berada di tepi jalan besar iaitu di Batu 6 jalan gombak, kalau dari bandar KL, anda hanya menuju ke arah UIA gombak....

Ok.... saya hendak ringkaskan cerita tentang tempat ni, Tujuan saya ke sini  adalah untuk melawat nenek kawan saya, Sesampai je, saya nampak tempat ini agak suram (boleh lihat pada gambar). Ada sedikit kekecewaan dihati saya dan agak menyedihkan. Tempat ini adalah satu tempat yang mana dahulunya adalah sebuah Hotel,bangunannya agak usang,ketika saya masuk bilik penginapan. pesakit .Allah..... hanya tuhan yang tahu, betapa suasana di dalam bilik berkenaan agak lebih suram, seperti sebuah rumah yang telah ditinggalkan begitu lama, saya bertanya pada penghuni bilik berkenaan.... apa Nenek selesa ke tinggal disini....apa yang dijawap....Nak wat camna nak' hanya bilik ni je yang ada.... lagi katanya, sampah sudah dua hari x dipungut, TV pun rosak (TV berada diruang tamu).Itu saya belum masuk ke dalam bilik airnya.....tak taulah macam mana keadanya, juga dapat dilihat rail langsirnya begitu usang dan bila-bila masa boleh jatuh.

Di sini saya bukan hendak memburukkan tempat ini, cuma diharap pihak pengurusan dapat melihat balik tahap pengurusan, setahu saya tempat ini menyediakan rawatan terbaik untuk pesakit, tapi dari sudut kemudahan agak mengecewakan.Saya tidak mengambil gambar bilik, kerana saya tidak sanggup melihat keadaan  nenek yang mana sudahlah sedih dengan keadaan sakitnya, ditambah lagi keadaan bilik yang begitu daif...
Ok....rasanya cukuplah saya cerita mengenai tempat ni.sekali lagi saya memohon kemaafan dari pihak pengurusan tempat ini, niat saya hanya untuk kebaikan bersama, baik bagi pihak pengurusan, pesakit dan kaum keluarga yang datang.


HM...ok dalam perjalan untuk kesana, saya dan rakan sempat juga kamis inggah ke satu tempat untuk makan..Alhamdullilah makanannya ok dan berpatutan, agak meriah juga sekitar sini kerana di sini terdapat perhentian Bus dan Teksi kata perniaga disitu waktu malam lagi meriah..hehehehe.

Nasi kukus Ayam Rempah

Tuesday, December 7, 2010

MAHA2010 Serdang Selangor

MAHA2010,Pergi sana dengan keluarga, hari hujan mencurah-curah,walaupun masa itu masa orang bekerja, keadaan disana macam hujung minggu, punyalah ramai orang. Sebenarnya pergi sana dalam keadaan kelam kabut sikit. senang cita kejar masa, so x banyak tempat yang dapat di jelajahi hanya sekitar bahagian pintu 2' dan sekitar Rumah Negeri. Jadi dapatlah amik berapa gambar untuk kongsi dengan kekawan.....



 Ha....ni mak aku......insan kesangan ku.......
Ni.....sebahagian diantara ahli keluarga ku.......

Ok...sebenarnya banyak lagi gambar2nya..... kalau ada kelapangan aku tag gambar2 lain lak ya......

Monday, December 6, 2010

POLISI ETIQA TAKAFUL

Salam Sejahtera,

          Saya polisi Etiqa Takaful anda

          Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini.

          Sekarang ini, anda sedang melaksanakan tugas anda - menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk yang tersayang. selain itu anda juga menyediakan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada mereka. Anda menyediakan semua ini dan seterusnya. Sementara itu saya sedang lena di dalam peti simpanan anda yang teguh, mengumpul segala tenaga dan meningkatkan nilaian saya tahun demi tahun.

          Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah, diharapkan semoga tidak ada sesuatu pun yang akan menimpa anda.

          Ketika ini, apabila kehidupan berjalan lancar dan pelayaran di air yang tenang, saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda, sebagaimana keadaan sampan penyelamat tergantung di atas kapal penumpang yang besar. Tetapi suatu hari,(hanya Allah sahaja yang mengetahui bila) anda dan saya mungkin bertukar tempat.

          Apabila anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan pantas untuk menyambung dan menyempurnakan tugasan yang telah anda mulakan. Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang masih diperlukan oleh mereka yang anda sayangi, Saya juga akan menyediakan pendidikan kepada anak tersayang, sebagaimana cita-cita anda selama ini. Kesihatan dan kebajikan yang anda sediakan untuk isteri tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi di saat mereka benar-benar memerlukannya.

          Setiap kali anda rasakan harga yang anda bayar untuk menyimpan saya sebagai satu bebanan, cubalah ingat bahawa saya akan melakukan lebih baik untuk anda dan keluarga anda daripada apa yang anda lakukan untuk saya.

          Jika anda melaksanakan tanggungjawab anda, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya.



          Yang benar,


          Polisi Etiqa Takaful.