Friday, January 14, 2011

Banjir Brisbane belum surut, ribut siklon menyusul...

by Paiden Rich on Friday, January 14, 2011 at 11:01am

*Moga Rakan sekeluarga yang sekarang berada d Australia, dibawah lindungan Allah....

BRISBANE 13 Jan. - Brisbane, bandar raya ketiga terbesar Australia dan bandar-bandar lain di pantai timur Australia yang dilanda banjir paling buruk dalam tempoh 50 tahun kini berhadapan dengan ancaman baru dilanda ribut siklon di luar kawasan pantai di wilayah itu.

Situasi yang bertambah buruk itu menyebabkan Brisbane dan wilayah-wilayah lain yang musnah akibat banjir itu bakal berhadapan dengan proses pembinaan semula yang mungkin mengambil masa selama beberapa tahun.

Ibu negeri Queensland ini bertukar menjadi seperti tasik berlumpur, dengan seluruh kafe di tepi pantai dipenuhi sisa runtuhan yang dihanyutkan oleh Sungai Brisbane.

Banjir tersebut turut menenggelamkan 12,000 rumah di bandar raya ini, yang mempunyai seramai dua juta penduduk dan mengakibatkan 118,000 bangunan terputus bekalan elektrik.

Dengan 35 bandar kecil lain turut landa banjir, kebanyakan bahagian Brisbane kelihatan seperti Venice disebabkan penduduknya terpaksa menggunakan bot untuk bergerak di sekitar bandar raya ini di jalan-jalan yang masih ditengelami air.

"Apa yang saya lihat, beberapa kawasan kelihatan ibarat sebuah kawasan perang.

"Saya hanya dapat melihat bumbung rumah mereka, sementara di bahagian bawah setiap bumbung rumah itu ialah satu kisah yang menakutkan.

"Pagi ini ketika saya melihat bukan sahaja di ibu negeri Queensland, tetapi juga di tiga perempat daripada negeri saya, kami berdepan dengan usaha-usaha pembinaan semula sama seperti era selepas perang," kata Ketua Menteri Queensland, Anna Bligh.

Pihak berkuasa memberi amaran mengenai risiko banjir buruk dalam beberapa minggu akan datang ekoran musim hujan yang berlarutan selama dua bulan lagi dan air empangan yang melimpah memerlukan tujuh hari untuk kembali kepada paras asal bagi menghadapi lebih banyak hujan lebat.

Biro Meteorologi berkata, ribut monsun di Laut Coral di luar pesisir pantai utara Queensland dijangka berlaku dalam masa antara 24 hingga 48 jam, tetapi ketika ia akan membawa banyak lagi hujan ke Queensland, ia dijangka beredar dari pantai.

Queensland menerima terlalu banyak hujan bagi tempoh dua bulan lalu, di mana kebanyakan kawasan ditenggelami air dan paras air empangan berada melebihi tahap bahaya. - REUTERS

Peter Sanders : Dari Mata Lensa ke Mata Hati....

      

      


Fotografi vs Perubatan, bukan sahaja dua bidang yang berbeza malah arah yang cukup bertentangan.


Itu adalah satu dilema yang pernah saya alami dahulu.
Satu dilema yang tidak patut berlaku dan tidak boleh diterima logik akal, saya tahu.
Tetapi sampai ke tahap itu sekali minat yang mendalam dalam bidang fotografi.
Namun atas cita-cita yang tercipta sejak kecil, saya mengikut kata akal dan emosi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan walaupun hati kecil berkata sebaliknya.
Bukanlah saya tidak bersyukur dengan peluang yang diberi atau tidak 'passionate' dengan bidang yang saya pilih namun atas sebab komitmen dan tanggungjawab yang kian banyak menyebabkan saya kurang punyai masa untuk diluangkan bersama kamera tersayang.
Melihat sahabat-sahabat lain yang semakin maju dalam bidang fotografi, saya berasa sedikit cemburu dengan peluang mereka untuk terus mendalami dan melabur dalam bidang seni ini.
Selama lebih kurang 2-3 tahun saya berjinak-jinak dalam bidang fotografi, boleh saya katakan ianya merupakan satu seni yang bukan sahaja sukar diperhalusi tanpa praktikaliti yang cukup tetapi juga perlukan kesabaran dan penelitian lebih-lebih lagi bagi saya yang belajar semuanya dengan sendiri 'from scratch' melalui internet dan majalah-majalah fotografi.
Namun atas hasil usaha saya yang tidak seberapa, fotografi betul-betul mengajar saya erti sebuah kesenian yang lebih luas dan lebih jauh daripada jangkauan lensa.
Bak kata pepatah inggeris, 'A picture paints a thousand words'.
Jika dahulu saya tidak faham mengapa sekeping gambar itu perlu dijual dengan harga mencecah jutaan ringgit.
Tetapi sekarang saya sudah faham mengapa seseorang itu sanggup melaburkan wang untuk karya seni yang cukup tidak ternilai itu.
Kerana bagi saya, fotografi itu merupakan satu cara untuk mengekspresi diri yang tidak semua orang mampu miliki dan hayati.
<span>Kisah di Sebalik Lensa</span>
Tanah Inggeris bukan sahaja menjadi tempat untuk saya melanjutkan pelajaran tetapi juga telah membuka mata saya kepada fotografer-fotografer terkenal di sana dan salah seorang daripada mereka ialahPeter Sanders.
Mungkin bagi rakan-rakan lain yang juga melanjutkan pelajaran di UK atau Ireland atau Amerika Syarikat atau negara-negara barat yang lain sudah tidak hairan dengan kisah-kisah saudara baru memeluk Islam.
Tetapi bagi saya, kisah Peter Sanders betul-betul memberi kesan di hati, mungkin juga kerana beliau seorang seniman fotografer yang istimewa.
<span>Siapa Peter Sanders a.k.a Abdul Adzeem?</span>
Bermula sebagai seorang fotografer selebriti-selebriti terkenal seperti Bob Dylan dan The Doors, Peter akhirnya terdetik untuk mencari suatu ketenangan yang tidak mampu diberi oleh profesyennya sebagai seorang fotografer ketika itu.
Beliau akhirnya membuat keputusan untuk ke India dan mengaji di sana sebelum memeluk Islam sekembalinya beliau ke England 6 bulan kemudian.
"Having photographed almost every famous person in the music industry I got bored and started getting in to spritual things.
I just wanted something else, and so I decided to go to India. I packed everything up and went, looking for a teacher.
Eventually I found one, who was basically a Hindu but had a lot of what we consider 'Muslim Qualities'.
I studied with him for about six months and when I cam back to England, some of my friends had become Muslim.
Then there were other friends who had gotten heavy into drugs and alchohol. It was as if God was saying to me, 'which direction do you want to go?'.
I didn't know very much about Islam but I had dreams and various other things happened to me. So I made a decision to become Muslim without knowing too much about it.
I was 24 years old at the time and within three months of becoming Muslim, I decided to go on Hajj.
I didn't have the money but I just made the intention. My elderly Muslim teacher at that time had also made the intention and I knew that I wanted to go too.
Someone gave me a ticket and I went. It was at the Kaaba that I learnt that my teacher had died on the way."
<span>Dari Mata Lensa ke Mata Hati</span>
Bukan sahaja Peter dapat meluaskan pengalamannya mengenali dunia Islam di seluruh dunia seperti di China, Malaysia, Sepanyol dan lain-lain negara, beliau juga diberi keistimewaan untuk menangkap gambar Haji di Mekah yang tidak pernah dilakukan oleh seorang 'westerner'.
Namun peluang yang beliau miliki tidak disia-siakan malah foto-foto yang ditangkap mampu memberi impak yang cukup terkesan kepada setiap mata yang memandang.
Menurut Peter atau Abdul Adzeem, 'Cahaya adalah sesuatu yang dekat dengan kehidupan seorang fotografer.
Mereka sangat terpukau akan keindahan yang sanggup dihasilkan oleh cahaya.
Tapi saya mendapati, satu jenis cahaya lain yang jauh lebih memukau, iaitu cahaya spiritual. Ada sesuatu dalam Islam yang mampu menghasilkan keindahan sekaligus cahaya."
<span>Fotografi dan Islam</span>
Apa yang menarik perhatian saya dan membuat saya cukup tersentuh ialah kesungguhan Peter dalam kerjayanya sebagai seorang fotografer tetapi dalam masa yang sama menjalankan dakwahnya menerusi foto-foto yang dihasilkan.
Dalam foto-fotonya jelas menampakkan kemampuan beliau menjadi seorang professional yang hebat dalam bidangnya tanpa meninggalkan identitinya sebagai seorang Muslim.
Beliau tidak perlu meninggalkan Islam untuk bekerja sebagai seorang Muslim Photographer.
Malah beliau membawa Islam bersama.
Saya teringat beberapa artikel Ust. Hasrizal dan juga kisah Syed Qutb/Sheikh Muhammad Abduh \[jika tersalah, minta tolong betulkan, saya tak ingat sangat tentang istilah 'Islam tanpa Muslim' dan 'Muslim tanpa Islam'.
Bila dilihat dengan mata kepala sendiri, memang terasa sedih. Bagaimana muallaf-muallaf di negara barat bertambah ramai sedangkan Muslim sedia ada di Malaysia masih merangkak-rangkak (bagi yang ingin belajar, Alhamdulillah) dan terus hanyut (bagi yang tidak ingin belajar) dalam memahami agama.
Betapa ramai kenalan-kenalan saya di Malaysia yang sanggup meninggalkan dan menggadaikan agama demi kerjaya sebagai seorang fotografer.
Tidak dinafikan ada juga fotografer yang islamik tetapi terlalu sedikit dan boleh dikira dengan jari.
Kebanyakannya (tidak semua) tanpa segan silu menangkap model-model yang tidak menutup aurat kerana itu sudah menjadi perkara biasa bagi mereka dan saya sendiri pun sudah 'lali'.
Dan tidak ketinggalan juga dengan golongan yang menangkap gambar-gambar model yang seakan-akan 'telanjang' yang mereka sangka diri mereka itu Britney Spears atau Jennifer Lopez, terlupa bahawa nama mereka hanyalah Tipah dah Bedah.
Kekecewaan dan kesedihan itu membuatkan saya semakin tidak ingin berjinak-jinak dalam bidang yang kurang islamik ini.
Tapi seringkali saya teringat kisah Peter Sanders dan juga beberapa rakan fotografer yang islamik lain yang berjaya menghilangkan persepsi saya tentang ketidak-islami-an bidang fotografi ini.
Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki.
<span>The Art of Integration</span>
Kesimpulannya, insan di sebalik kamera itu memainkan peranan yang jauh lebih penting daripada jenis kamera yang digunakan.
Walau pekerjaan apa yang kita lakukan, walau di mana juga kita berada, bawalah Islam bersama.
Wallahua'lam..
by Najeeb Abdullah on Friday, January 14, 2011 at 10:31am

Sunday, January 2, 2011

Sejenak d Sungai Congkak

Asmlkm...
Ke Sungai Congkak dalam erti kata berkelah d sana...

Perjalanan dari rumah ku mengambil masa 1.1/2 jam... melalui lebuh raya perseketuan ke arah Ulu Langat...Aku tidak pernah ke sini, kira pertama kalilah ni,sebenarnya aku d perlawa oleh En.Yahya, jiranku merangkap abangku, boleh kata keluarga angkatku...
 Sampai saja kami, kami didatangi seorang budak, rupa2nya ia adalah pemilik pondok (sila lihat gambar) yang mana pondok ini disewakan dengan bayan RM20.. untuk sehari.Pondok ini tidak mempunyai kemudahan eletrik dan tandas, untuk air memang tiada masaalah kerana air terjun sungai congkak berada bersebelahan dengan kami., boleh dikatan pondok ini selesalah untuk keluarga yang serdahana. di pondok ini juga tersedia tempat untuk pembakaran, yang ringkasnya BBQ lah, cuma kalau dapat pemilik pondok2 ni memperbaiki sikit atau di cat..

 So... setelah barang2 bekalan selesai d punggah bermulalah activity mandi...hehehe..Terjun............airnya tidak berapa ok, tidak jernihlah kata orang, tapi sejuk...mungkin disebabkan hujan dalam beberapa hari ni, menyebabkan airnya keruh sedikit.......


 
 Sedang dia orang berseronok mandi aku n bro aku siapkan tempat untuk upacara BBQ, bekalan untuk BBQ tidak seberapa, cuma ayam percik n sosej...walaupun serderhana tapi seronok...