Ok....biar aku cita sikit tentang tempat ini ya.
Sebenarnya ianya ialah tempat orang2 yang ada penyakit diabetes membuat rawatan,,lebih senang dikatakan tempat orang yang mengidap kencing manis pada tahap kritikal yang mana kebanyakan darinya telah menerima rawatan dihospital dan telah dibuang sebahagian kakinya (dipotong)....
Tempat ini terletak didaerah Gombak dan berada dalam kawasan Gombak Setia.....Sebenarnya tidak susah untuk kesini kerana ia berada di tepi jalan besar iaitu di Batu 6 jalan gombak, kalau dari bandar KL, anda hanya menuju ke arah UIA gombak....
Ok.... saya hendak ringkaskan cerita tentang tempat ni, Tujuan saya ke sini adalah untuk melawat nenek kawan saya, Sesampai je, saya nampak tempat ini agak suram (boleh lihat pada gambar). Ada sedikit kekecewaan dihati saya dan agak menyedihkan. Tempat ini adalah satu tempat yang mana dahulunya adalah sebuah Hotel,bangunannya agak usang,ketika saya masuk bilik penginapan. pesakit .Allah..... hanya tuhan yang tahu, betapa suasana di dalam bilik berkenaan agak lebih suram, seperti sebuah rumah yang telah ditinggalkan begitu lama, saya bertanya pada penghuni bilik berkenaan.... apa Nenek selesa ke tinggal disini....apa yang dijawap....Nak wat camna nak' hanya bilik ni je yang ada.... lagi katanya, sampah sudah dua hari x dipungut, TV pun rosak (TV berada diruang tamu).Itu saya belum masuk ke dalam bilik airnya.....tak taulah macam mana keadanya, juga dapat dilihat rail langsirnya begitu usang dan bila-bila masa boleh jatuh.
Di sini saya bukan hendak memburukkan tempat ini, cuma diharap pihak pengurusan dapat melihat balik tahap pengurusan, setahu saya tempat ini menyediakan rawatan terbaik untuk pesakit, tapi dari sudut kemudahan agak mengecewakan.Saya tidak mengambil gambar bilik, kerana saya tidak sanggup melihat keadaan nenek yang mana sudahlah sedih dengan keadaan sakitnya, ditambah lagi keadaan bilik yang begitu daif...
Ok....rasanya cukuplah saya cerita mengenai tempat ni.sekali lagi saya memohon kemaafan dari pihak pengurusan tempat ini, niat saya hanya untuk kebaikan bersama, baik bagi pihak pengurusan, pesakit dan kaum keluarga yang datang.
Ok....rasanya cukuplah saya cerita mengenai tempat ni.sekali lagi saya memohon kemaafan dari pihak pengurusan tempat ini, niat saya hanya untuk kebaikan bersama, baik bagi pihak pengurusan, pesakit dan kaum keluarga yang datang.
HM...ok dalam perjalan untuk kesana, saya dan rakan sempat juga kamis inggah ke satu tempat untuk makan..Alhamdullilah makanannya ok dan berpatutan, agak meriah juga sekitar sini kerana di sini terdapat perhentian Bus dan Teksi kata perniaga disitu waktu malam lagi meriah..hehehehe.
Nasi kukus Ayam Rempah
Tq.....bro....saya baru belajar d sini , harap dapat tunjuk ajar dari senior.....;-]
ReplyDelete