Wednesday, September 21, 2011

TTDI Jaya Banjir lagi...


Hmmm... hari ni TTDI Jaya banjir lagi.. hujan turun mencurah2 membasahi bumi yang gersang ini dan dengan kelam kabutlah pemunya2 kenderaan menggalihkan kenderaan masing2... aku sempat snap gambar ni, kesian akak ni, mulanya dia mintak tolong kawannya alihkan, sampai je kawannya di kereta, pintu tak boleh buka, rupanya kuncinya salah, dahlah hujan lebat, merungut kawannya.. So tak tahan di rungut oleh kawannya, akak tu pun pergi sendiri alihkan keretanya....

Sunday, September 18, 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.

Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.
Gundah gurlana hati menyepi,
Kala sepi menyapa diri,
apakah masih ada kawan disisi,
yang boleh berteman seketika dihati.....

Laggam pak dogo...

hmm.. masa untuk TL;DR.. rasa terpanggil pula untuk bedah maksud lagu 'langgam pak dogo' tu.. dogo tu 'dogol' kan, ertinya botak?

baca lirik sekilas, mengisahkan hidup yang penuh pancaroba (menggunakan perkataan2 ini dalam lirik: yuda (perang), sugul, litar (petir), takdir runcing, gande rawe (kesedihan yang bertimpa-timpa)) tetapi lagu cakap, kita kena terus tabah meneruskan hidup (dalam lirik: wira harus tahan uji, seberangi titian takdir, jangan labuhkan sauh)..

dan kemudiannya ada kisah pak dogo pula. kebarangkalian sangat besar kisah cinta pak dogo ni tragis kerana dalam rangkap pertama ada kisah Sita (isteri Seri Rama yang diculik), dan ada perkataan surayala (kayangan) dan wilmana (singgahsana yang terbang, kan?). dan ada ayat 'bisik dalam kelambu' dalam korus yang berbunyi seksual. 'lagak bodoh tapi bersengat' macam sesuatu yang dibuat dalam kelambu juga.

mungkinkah pak dogo bercinta dengan bukan manusia? bunian? sampai kena cari 'gemala sakti dalam mulut naga'? awek Pak dogo tersebut diculik juga kah? dua rangkap terakhir mungkin mengisahkan pak dogo merancang nak dapatkan awek tersebut balik ('merancang dendam seribu malam') tetapi planning dia terencat sebab banyak termenung (macam lebai malang?). perkataan termenung keluar tiga kali dalam lirik": 'menung bawah panji wilmana', 'hujan pelangi sebab igauan' dan 'sesaat berangan lepaslah habuan'.

ini semua pendapat sahaja: mungkin lagu ini pasal hidup/cinta yang penuh pancaroba, dan kalau kita tidak fokus, 'ikan tak dapat, umpan pula hilang'.

p/s perkataan kerongsang mengingatkan kepada oedipus (dia cucuk mata dia dengan kerongsang) tetapi dia bercinta dengan emak sendiri. mungkin tak ada kena mengena.

By: Saharil Hasrin Sanin

Hmmm.. aku x sure pernah ke idok dengar lagu ni lalu aku search d YouTube...(http://www.youtube.com/watch?v=3KrL9zCjvfo)hehehee ada ko.. lagu ni nyanyian dato' M.Nasir, menarik gak... cuma sekarang terpaksa aku dengar lagu ni beberapa kali untuk faham sebutannya dan liriknya, yang pasti ia sesuatu yang fun... :)

Thursday, September 15, 2011

Cerita Raya Aku Masa Kecik..

Ok masa ni aku kecik lagi,Umur tak pasti, aku di ajak oleh datuk aku, Katanya "paiden mari ikut aku beraya dengan Tengku Ampuan Besar".
Aku ikut dan membonceng dengan Tok Bah (panggilan aku untuk Atok aku), Sampai satu tempat Tok Bah cakap pada aku "ha dah sampai, kamu jangan nakal-nakal ni istana". Aku hanya mengangokkan kepala.
Sampai je depan pintu istana aku dan Tok Bah dijemput masuk, dapat ku lihat, punyalah cantik suasananya, kata Tok Bah "ni lah istana.. (aku tak ingat nama istananya)".
Kami diiring ke satu bilik. Dapat aku lihat bilik tu bercahaya-cahaya kerana ruanganya tidak berbumbung, dan ada seorang perempuan memakai baju serba putih sedang duduk bertimpuh.
Tok Bah menghampiri wanita tersebut. dari kejauhan dapat ku lihat betapa Berseri-seri dan bercahaya wajahnya.Tok Bah bersembang dengannya, selang beberapa minit Tok Bah memanggil aku "paiden mari bersalam degan Tuanku", aku pergi kearah mereka lalu bersalaman dengan wanita tersebut lalu mencium tangannya, Dia cium pipi aku dan hulur aku duit (hala balik aku tunjukkan pada Tok Bah duitnya dan tanyakan nilainya, kata Tok Bah ni duit 50, pertama kali rasanya aku terima duit raya RM50)
Tengku tanya aku, "Kamu ada basikal", Aku gelengkan kepala, Lalu dia cakap kat Tok Bah "Kassim!... kamu bawak budak ni ke belakang dan pilih je mana-mana basikal yang ada dibelakang".
Dan selepas tu kami pun berlalu, sekali lagi kami diiring cuma laluan kami tidak melalui masa kami masuk tadi, pengiring mendepakan tangan "Ha!!... pakcik, dibawah bangsal tu basikalnya, pakcik pilih je, nanti dah pilih bawak je basikal tu pulang ya".
Dan pulanglah aku dengan senyuman melirik beserta duit 50 dan basikal baru.