Thursday, September 15, 2011

Cerita Raya Aku Masa Kecik..

Ok masa ni aku kecik lagi,Umur tak pasti, aku di ajak oleh datuk aku, Katanya "paiden mari ikut aku beraya dengan Tengku Ampuan Besar".
Aku ikut dan membonceng dengan Tok Bah (panggilan aku untuk Atok aku), Sampai satu tempat Tok Bah cakap pada aku "ha dah sampai, kamu jangan nakal-nakal ni istana". Aku hanya mengangokkan kepala.
Sampai je depan pintu istana aku dan Tok Bah dijemput masuk, dapat ku lihat, punyalah cantik suasananya, kata Tok Bah "ni lah istana.. (aku tak ingat nama istananya)".
Kami diiring ke satu bilik. Dapat aku lihat bilik tu bercahaya-cahaya kerana ruanganya tidak berbumbung, dan ada seorang perempuan memakai baju serba putih sedang duduk bertimpuh.
Tok Bah menghampiri wanita tersebut. dari kejauhan dapat ku lihat betapa Berseri-seri dan bercahaya wajahnya.Tok Bah bersembang dengannya, selang beberapa minit Tok Bah memanggil aku "paiden mari bersalam degan Tuanku", aku pergi kearah mereka lalu bersalaman dengan wanita tersebut lalu mencium tangannya, Dia cium pipi aku dan hulur aku duit (hala balik aku tunjukkan pada Tok Bah duitnya dan tanyakan nilainya, kata Tok Bah ni duit 50, pertama kali rasanya aku terima duit raya RM50)
Tengku tanya aku, "Kamu ada basikal", Aku gelengkan kepala, Lalu dia cakap kat Tok Bah "Kassim!... kamu bawak budak ni ke belakang dan pilih je mana-mana basikal yang ada dibelakang".
Dan selepas tu kami pun berlalu, sekali lagi kami diiring cuma laluan kami tidak melalui masa kami masuk tadi, pengiring mendepakan tangan "Ha!!... pakcik, dibawah bangsal tu basikalnya, pakcik pilih je, nanti dah pilih bawak je basikal tu pulang ya".
Dan pulanglah aku dengan senyuman melirik beserta duit 50 dan basikal baru.

No comments:

Post a Comment