Sunday, October 30, 2011

PEPERANGANKU......

Aku berperang dengan jiwa ku

Aku berperang dengan kehendak ku

Aku berperang dengan nafsu ku

Aku berperang dengan tanggungjawap ku

Aku berperang dengan masyarakat ku

Apakah pengakhir peperangan ku....

Nukilan PaidenRich


Friday, October 28, 2011

KONFERENS NEGARA ISLAM: DUNIA MENUJU KHILAFAH'


Jemputan Ke KONFERENS NEGARA ISLAM: DUNIA MENUJU KHILAFAH'
Tarikh: 30 OKTOBER 2011 (AHAD)
Masa: 8.30pagi - 1.00ptg
Tempat: Dewan Perdana 1, Hotel Nouvelle, KM8,
Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Seri Kembangan, Selangor
(Berhampiran Plaza Tol Sg. Besi)

Koordinat GPS : 3° 2'54.28"N 101°42'21.83"E
Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir


 altalt



Hotel NouvelleHotel Nouvelle 

Monday, October 24, 2011

Nasib Gaddafi


Beginilah nasib Gaddafi yang awalnya pejuang tetapi berakhir hayatnya sebagai petualang. Semua jasa-jasa beliau langsung dilupakan, malah mayat beliau turut dihina.

Antara Kebaikan Gaddafi untuk rakyatnya ialah:

1. SETIAP rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak pertrol yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing.

2. GADDAFI pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memeliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa mempunyai rumah, Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk di dalam khemah.

3. BANK Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam urusniaga.

4. RAKYAT yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

5. RAKYAT tidak dikenakan sebarang bayaran untuk penggunaan letrik.

6. PENDIDIKAN diberikan secara percuma kepada semua gologan masyarakat.

7. KEMUDAHAN perubatan juga diberikan percuma.

8. PASANGAN pengantin baru akan mendapat sekali bayar berjumlah 6,000 dinar sebagai insentif perkahwinan.

9. PEMBELIAN kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

10. SISTEM pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelak rakyat negara itu daripada bergantung sumber asing.

11. RAKYAT dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.

12. LIBYA mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran negara itu.

13. KADAR celik huruf adalah 90% sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf hanya 10%

HIMPUNAN SEJUTA UMAT SELAMATKAN AQIDAH.


 Penceramah bebas

Penulis buku Natrah.

 Seorang penyokong PAS ditemuramah pemberita dari media asing.

Bersama Sahabat.

Selepas dua hari HIMPUN, akhirnya Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak bersuara dan memberi komen bahawa perhimpunan ini adalah perhimpunan yang sopan dan terkawal.


Perhimpunan sopan, terkawal
Oleh Meor Hisham Zulkifli

sham@bharian.com.my
2011/10/24

Tiada pihak berasa terganggu, tertekan pada majlis anjuran HIMPUN

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) dipuji kerana berjaya mengadakan perhimpunan yang sopan dan terkawal pada Sabtu lalu, selaras dengan hasrat kerajaan untuk meminda Seksyen 27 Akta Polis berkaitan dengan perhimpunan secara aman.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perhimpunan itu amat jauh berbeza dengan perhimpunan haram BERSIH pada Julai lalu yang mencetuskan kekecohan kerana kali ini tiada pihak yang berasa terganggu, tertekan atau tidak selamat.
“Saya ucap tahniah kepada mereka sebab perhimpunan itu berlangsung penuh sopan dan begitu terkawal. Itu sebenarnya hasrat saya bila kerajaan tawarkan sebuah stadium untuk BERSIH mengadakan perhimpunan mereka (sebelum ini),” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Perdana Bersama Bekas dan Pesara Polis, di ibu negara semalam.

Kelmarin, hampir 10,000 menghadiri HIMPUN anjuran Sekretariat Himpunan Sejuta Umat dan beberapa NGO yang merumuskan 10 perkara dengan isu utama adalah mengingatkan semua pihak supaya tidak menceroboh hak umat Islam yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

Sehubungan itu, Najib berkata, dalam usaha meminda Seksyen 27 Akta Polis, kerajaan akan meneliti apa yang berlaku ketika perhimpunan HIMPUN dan membandingkannya dengan amalan negara lain.

“Ketua Polis Negara serta Menteri Dalam Negeri sedang meneliti dan merumuskan apa yang kita fikirkan (kaedah) terbaik dalam amalan sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi moden dan progresif bagi mengimbangi hak asasi individu dengan kepentingan umum serta soal keamanan dan ketenteraman awam,” katanya.
Seksyen 27 Akta Polis 1967 memperuntukkan, mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum membabitkan peserta lebih daripada lima orang, di dalam premis atau di luar bangunan, perlu mendapatkan permit daripada pegawai polis daerah bagi menjaga kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.

Ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, Najib mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Buang Negeri 1956 akan dimansuhkan, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Ia bagi memastikan hak dan kebebasan asasi rakyat terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Ditanya mengenai tuntutan HIMPUN yang menuntut kerajaan menggubal akta murtad, beliau berkata, semua akta dan undang-undang berkaitan hal ehwal agama terletak di tangan kerajaan negeri dengan Sultan sebagai ketua agama.

“Kalau ada tuntutan seperti ini, pihak berkuasa negeri akan meneliti dan membuat pertimbangan. Kuasa di bawah Sultan negeri-negeri,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung pensyarah, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, selepas dikatakan membuat kenyataan bahawa Sultan boleh dikritik, Najib berkata, pensyarah itu tidak digantung tugas seperti yang didakwa.

“Ramai yang salah faham. Saya dimaklumkan Reaktor UIA (Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin) bahawa dia hanya digantung ketika siasatan bagi membolehkannya memberi tumpuan terhadap siasatan. Ia bukan tindakan disiplin kerana ia masih disiasat,” katanya.

Najib berkata, kerajaan turut berharap pesara kerajaan tidak memandang enteng pelarasan gaji dua peratus setahun yang bakal dilaksanakan pada 2013.

INFO: Seksyen 27 Akta Polis 1967




  • Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah berkenaan. 






  • Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperoleh demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat. 






  • OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan tetapi bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang. 






  • Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budi bicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaannya dibenarkan. 
  • Thursday, October 20, 2011

    telefon anda ori x...

    RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !

    BERHATI2 SEMASA BELI HP...

    Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
    ► sila taip *#06#
    ► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
    ► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
    ... Contoh : 358671017470473
    ... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


    02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
    08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
    01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
    00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
    13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

    Derita buah zakar terlampau besar



    thumbnail
    LAS VEGAS: Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.
    myMetro.








    * Macam-macam dunia hari ni....

    Sunday, October 16, 2011

    Perkara-perkara yang bosan...

     Kenapa manusia bosan, adakah kerana dia rasa tidak diperlukan, atau dia fikir ada yang dalam hidupnya tidak diperlukan, sesetengah kebosanan bagi aku merangkummi banyak perkara, antaranya:
     Bosan bila apa yang dirancang tidak menjadi, boleh sasau dibuatnya, yalah bila kita merancang dan berharap ianya akan berakhir dengan apa yang kita rancang tapi yang terjadi sebaliknya, itu bila terus ada jawapan tapi lagi sasau kalau yang dirancang masih tiada penghasilannya, tambah lagi bila ditunggu berbulan-bulan.
     Bosan bila apa yang kita hendak, tidak kita dapat, yalah kita mengharap disekeling kita orang-orang yang boleh membahagiakan kita, tapi yang kita dapat sebaliknya, mereka-mereka ini lebih untuk mempergunakan kita bila senang kita umpama tiada, walau berada dihadapannya, tapi tika mereka dalam kesusahan tiba-tiba pulak boleh ajak nak jumpa.
     Bosan kerana terpelampau lama menyendiri, hmm.. ni satu lagi ke bosanan yang boleh buat jadi sasau, tapi bagi aku yang ni boleh di kawal kerana kekadang manusia perlukan satu masa untuk menyendiri, kerana dengan menyendiri seseorang itu boleh memusabah diri.(cam Uztaslah pulok).
     Bosan dengan Facebook, agak-agak ada tak orang yang boleh bosan dengan benda ni, aku pernah mengalaminya, tapi tak susah kerana bila kita bosan dengan benda ni just berhenti sekejap than bila bosan hilang sambung balik berFacebook... hehhee.
     Bosan sebab kehabisan duit, ni rasa aku memang akan jadi masalah pada setiap orang tak terkecuali aku, boleh tak kekaruan dibuatnya kalau dibautnya, tapi manusia harus pandai mengawalnya kerana kita ni jangan di kawal oleh duit, kita yang harus pandai mengawalnya.
     Bosan kerana banyaknya saman, aku boleh dikatakan tiap-tiap bulan dapat saman, tapi bukanlah saman juta-juta dari orang perseorangan, tapi saman parking dan banyak saman ni tak dapat aku jelaskan lagi, yalah logiclah cikit nak suruh aku saman, tempat yang kekadang aku nak parking takde, papan tanda tu cakap.. anda akan disaman kalau tak bayar parking. So salah aku ke, parking takde, suka akulah nak bayar ke tidak... dan rasanya tak senang hidup aku kalau dapat saman  RM juta-juta dan orang gila je yang nak saman aku RM juta-juta..hahahaaa
     Bosan dengan kerja, yang ni susahlah sikit kalu dah tahap bosan dengan kerja, sepatutnya kita kena bersyukur, yalah kat luar sana berapa ramai yang takda kerja, jadi kalu bosan dengan kerja berhenti je, cari kerja yang rasa-rasa tak bosan, tengok adakah anda akan dapat kerja yang tak bosan.
     Bosan makan makanan yang sama je, hmm bohonglah kalau aku cakap yang aku tak pernah bosan dengan makanan yang ada depan mata, jadi pandai-pandailah kita tukar-tukar manu makanan kita ya.
     Bosan dengan gajet-gajet kita, rasanya ramai yang mempunyai masaalah ni, tak kecuali aku, yalah kita beli dengan titik peluh kita, kekadang tu bukan murah, time beli bersemangat, tapi bila time guna tak reti, terkial-kial.. heheh.. so jangan salahkan orang lain ya.
     Bosan dengan jiran tetangga, yang ni kalau boleh jangan ada dalam diri kita, kerana kalau terjadi apa-apa, jiran kita yang akan membantu kita, terutama yang sedara mara jauh, so kalau jiran kita sombong kita jangan ikut sombong, sebab apa, nanti kalau dia memerlukan bantuan kita kita boleh buat-buat sombong...hahahaaa.
     Bosan dengan kenderaan kita, rasa-rasa korang pernah tak perkara ni terjadi pada korang, kalaulah tiba-tiba terjadi kat korang, buat macam ni, berhentikan kereta anda, kalau time tu anda berada di perhentian bus, terus naik bus, kalau kat perhentian teksi just tahan teksi dan naik.. tapi kalau berada tengah-tengah haiway, senang je, call pihak lebuh raya suruh tunda kenderaan anda, tapi make sure anda duduk sekali dalam lori tunda tu, sebabkan anda dah bosan dengan kenderaan anda.
     Oklah bosan pulok aku menulis perkara yang boleh buat orang bosan ni, nanti-nanti kalau aku tak bosan aku sambung menulis lagi non...

    Wednesday, October 12, 2011

    Santai di Perpustakaan Negeri Selangor

      Hmmm.. hari ni aku melepakkan diri di Perpustakaan Negeri Selangor, yang mana dahulunya perpustakaan ni berada ditengah-tengah Shah Alam, bersebelahan dengan Muzium Negeri Selangor, sekarang ia telah berpindah ke tempat baru bersebelahan dengan Kelab Golf Di Raja Selangor, memang diikutkan  kedudukannya agak jauh yang mana semasa mula-mula saya memandu terfikir juga di benak fikiran, kenapa dia orang buat satu perpustakaan yang mana satu tempat bertelah dan mencari bahan bacaan untuk semua peringkat umur dibuat begini jauh, untuk yang berumur dan mempunyai kenderan memang tiada masalah bagi dia orang, cuma bagaimana yang tidak mempunyai kenderaan seperti budak-budak di peringkat umur sekolah rendah dan menengah, tidakkah menjadi satu masaalah bagi mereka, untuk yang ibu bapanya berkemampuan tentu saja tidak sukar menghantar dan mengambil, tapi sungguh kasihan kepada yang kurang berkemampuan.... hmmmm.


      Sesampai saja saya, dapat dilihat betapa besar bagunannya, besar dan cantik, tempat parking yang banyak lalu tidak sukarlah untuk mendapat parking. Masuk saje saya ke ruang perpustakaan ternyata tidak mengecewakan, dengan susunan ruang bacaan yang santai dan selesa, ternyata hilang rasa kecewa ketika saya memandu kemari, jika dijenguk dijendelanya dapat dilihat permandangan yang cantik didepan mata, dengan view Masjid Negeri dan kehijauan pokok-pokok yang masih terperlihara. Bangunan ni besar dan bertingkat-tingkat, beberapa tingkat di sediakan untuk perpustakaan, yang lain-lain mungkin untuk pejabat pengurusan, untuk ruangan bacaan berada di tingkat satu dan dua, bahan-bahan bacaan berada ditingkat atas, disini disediakan ruangan khas bacaan untuk kanak-kanak dan ianya berada ditingkat dua, jadi ruangan bacaan di tingkat bawah dipenuhi oleh orang-orang dewasa, termasuklah saya.... Tidak lupa disini juga ada Kafe, cantik dan selesa....

    Friday, October 7, 2011

    Bermulanya Bajet 2012

    * Yuran Peperiksaan PMR dan SPM dimangsuhkan..
    * Pembelajaran sekolah rendah dan menengah secara percuma..
    * Menambah baik struktur gaji penjawat awam minimum RM80.00 sehingga RM320.00..
    * Gaji guru DG34 naik maksimum RM5000...
    * Kenaikan gaji penjawat awam 7-13%...
    * Kenaikan Pencin penjawat awam 2% setahun..
    * Umur persaraan di naikkan dari 58 ke 60..
    * Sumbangan RM3000.00 setiap persara tentera termasuk Duda dan Balu...
    * Penurunan harga Gula dan Minyak Masak...
    * Skim Rumah Pertama Ku dinaikkan dari RM220K ke RM400K dan dimangsuhkan duti setem...

    Bajet 2012

    Melepak d mamak sambil menunggu pembentangan bajet 2011....

    Helikopter...


    Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

    Thursday, October 6, 2011

    SEMINAR PERDANA

    Tajuk : Imam Al-Haddad dan Pemikirannya.
    Tempat : Masjid Negeri Shah Alam (Dewan bawah)
    Tarikh : 8hb Oktober 2011
    Waktu : 10 pagi - 12.30 tengahari
     * Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

    HAUL AKBAR(GENAP 300 TAHUN)

    MAJLIS SAMBUTAN HAUL IMAM ABDULLAH BIN ALAWI AL-HADDAD BAGI TAHUN 1432H/2011M.

    Sabtu, 8hb Oktober 2011 I 9 Dzulqaedah 1432H
    Masa : 6.00 petang - 9.30 malam
    Tempat : MASJID NEGERI SHAH ALAM
    Penceramah : Ulama Jemputan dari Dalam / Luar Negara
    (Imam Firdaus : 012-613 7541)

    Air Masak


      Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

    Sarapan..

       Hari ini bersarapan dengan sahabat powerku....berborak2, awal2 pembuka cerita kami berborak tentang pembukaan gereja yang katanya apabila bukanya nanti ia adalah gereja yang terbesar di Asia, yang mana  sekarang masih dalam pembinaan dan projek ini  terletak di Bukit Jalil.Rasa tidak puas hati oleh sahabat saya dapat dibaca oleh saya berdasarkan intonasi yang keluar dari mulut beliau, apa yang saya katakan padanya, perkara ini tidak dapat dielakkan, apa yang boleh kita sebagai orang islam ialah kuatkan dalaman kita, beliau hanya tersenyum dan kami bertukar topik2 lain selepas itu....