Sunday, October 16, 2011

Perkara-perkara yang bosan...

 Kenapa manusia bosan, adakah kerana dia rasa tidak diperlukan, atau dia fikir ada yang dalam hidupnya tidak diperlukan, sesetengah kebosanan bagi aku merangkummi banyak perkara, antaranya:
 Bosan bila apa yang dirancang tidak menjadi, boleh sasau dibuatnya, yalah bila kita merancang dan berharap ianya akan berakhir dengan apa yang kita rancang tapi yang terjadi sebaliknya, itu bila terus ada jawapan tapi lagi sasau kalau yang dirancang masih tiada penghasilannya, tambah lagi bila ditunggu berbulan-bulan.
 Bosan bila apa yang kita hendak, tidak kita dapat, yalah kita mengharap disekeling kita orang-orang yang boleh membahagiakan kita, tapi yang kita dapat sebaliknya, mereka-mereka ini lebih untuk mempergunakan kita bila senang kita umpama tiada, walau berada dihadapannya, tapi tika mereka dalam kesusahan tiba-tiba pulak boleh ajak nak jumpa.
 Bosan kerana terpelampau lama menyendiri, hmm.. ni satu lagi ke bosanan yang boleh buat jadi sasau, tapi bagi aku yang ni boleh di kawal kerana kekadang manusia perlukan satu masa untuk menyendiri, kerana dengan menyendiri seseorang itu boleh memusabah diri.(cam Uztaslah pulok).
 Bosan dengan Facebook, agak-agak ada tak orang yang boleh bosan dengan benda ni, aku pernah mengalaminya, tapi tak susah kerana bila kita bosan dengan benda ni just berhenti sekejap than bila bosan hilang sambung balik berFacebook... hehhee.
 Bosan sebab kehabisan duit, ni rasa aku memang akan jadi masalah pada setiap orang tak terkecuali aku, boleh tak kekaruan dibuatnya kalau dibautnya, tapi manusia harus pandai mengawalnya kerana kita ni jangan di kawal oleh duit, kita yang harus pandai mengawalnya.
 Bosan kerana banyaknya saman, aku boleh dikatakan tiap-tiap bulan dapat saman, tapi bukanlah saman juta-juta dari orang perseorangan, tapi saman parking dan banyak saman ni tak dapat aku jelaskan lagi, yalah logiclah cikit nak suruh aku saman, tempat yang kekadang aku nak parking takde, papan tanda tu cakap.. anda akan disaman kalau tak bayar parking. So salah aku ke, parking takde, suka akulah nak bayar ke tidak... dan rasanya tak senang hidup aku kalau dapat saman  RM juta-juta dan orang gila je yang nak saman aku RM juta-juta..hahahaaa
 Bosan dengan kerja, yang ni susahlah sikit kalu dah tahap bosan dengan kerja, sepatutnya kita kena bersyukur, yalah kat luar sana berapa ramai yang takda kerja, jadi kalu bosan dengan kerja berhenti je, cari kerja yang rasa-rasa tak bosan, tengok adakah anda akan dapat kerja yang tak bosan.
 Bosan makan makanan yang sama je, hmm bohonglah kalau aku cakap yang aku tak pernah bosan dengan makanan yang ada depan mata, jadi pandai-pandailah kita tukar-tukar manu makanan kita ya.
 Bosan dengan gajet-gajet kita, rasanya ramai yang mempunyai masaalah ni, tak kecuali aku, yalah kita beli dengan titik peluh kita, kekadang tu bukan murah, time beli bersemangat, tapi bila time guna tak reti, terkial-kial.. heheh.. so jangan salahkan orang lain ya.
 Bosan dengan jiran tetangga, yang ni kalau boleh jangan ada dalam diri kita, kerana kalau terjadi apa-apa, jiran kita yang akan membantu kita, terutama yang sedara mara jauh, so kalau jiran kita sombong kita jangan ikut sombong, sebab apa, nanti kalau dia memerlukan bantuan kita kita boleh buat-buat sombong...hahahaaa.
 Bosan dengan kenderaan kita, rasa-rasa korang pernah tak perkara ni terjadi pada korang, kalaulah tiba-tiba terjadi kat korang, buat macam ni, berhentikan kereta anda, kalau time tu anda berada di perhentian bus, terus naik bus, kalau kat perhentian teksi just tahan teksi dan naik.. tapi kalau berada tengah-tengah haiway, senang je, call pihak lebuh raya suruh tunda kenderaan anda, tapi make sure anda duduk sekali dalam lori tunda tu, sebabkan anda dah bosan dengan kenderaan anda.
 Oklah bosan pulok aku menulis perkara yang boleh buat orang bosan ni, nanti-nanti kalau aku tak bosan aku sambung menulis lagi non...

No comments:

Post a Comment