Monday, November 14, 2011

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Nak sangat tarikh 11/11/11 tu kan. nah baca. Dalam kitab satanic the holy is satan. Yg Mr St Wingston Father Satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia. Dan org akan memuja2 pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan. Sebenarnye orang tak akan tahu apakah makna tarik tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesat semua agama Islam, Kristian dan Buddha. Dan di mana nanti Yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat ank2 adam, St Mary and Crist Jesus.

*Saya perlukan kepastian tentang perkara ini...

Sunday, October 30, 2011

PEPERANGANKU......

Aku berperang dengan jiwa ku

Aku berperang dengan kehendak ku

Aku berperang dengan nafsu ku

Aku berperang dengan tanggungjawap ku

Aku berperang dengan masyarakat ku

Apakah pengakhir peperangan ku....

Nukilan PaidenRich


Friday, October 28, 2011

KONFERENS NEGARA ISLAM: DUNIA MENUJU KHILAFAH'


Jemputan Ke KONFERENS NEGARA ISLAM: DUNIA MENUJU KHILAFAH'
Tarikh: 30 OKTOBER 2011 (AHAD)
Masa: 8.30pagi - 1.00ptg
Tempat: Dewan Perdana 1, Hotel Nouvelle, KM8,
Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Seri Kembangan, Selangor
(Berhampiran Plaza Tol Sg. Besi)

Koordinat GPS : 3° 2'54.28"N 101°42'21.83"E
Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir


 altalt



Hotel NouvelleHotel Nouvelle 

Monday, October 24, 2011

Nasib Gaddafi


Beginilah nasib Gaddafi yang awalnya pejuang tetapi berakhir hayatnya sebagai petualang. Semua jasa-jasa beliau langsung dilupakan, malah mayat beliau turut dihina.

Antara Kebaikan Gaddafi untuk rakyatnya ialah:

1. SETIAP rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak pertrol yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing.

2. GADDAFI pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memeliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa mempunyai rumah, Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk di dalam khemah.

3. BANK Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam urusniaga.

4. RAKYAT yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

5. RAKYAT tidak dikenakan sebarang bayaran untuk penggunaan letrik.

6. PENDIDIKAN diberikan secara percuma kepada semua gologan masyarakat.

7. KEMUDAHAN perubatan juga diberikan percuma.

8. PASANGAN pengantin baru akan mendapat sekali bayar berjumlah 6,000 dinar sebagai insentif perkahwinan.

9. PEMBELIAN kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

10. SISTEM pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelak rakyat negara itu daripada bergantung sumber asing.

11. RAKYAT dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.

12. LIBYA mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran negara itu.

13. KADAR celik huruf adalah 90% sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf hanya 10%

HIMPUNAN SEJUTA UMAT SELAMATKAN AQIDAH.


 Penceramah bebas

Penulis buku Natrah.

 Seorang penyokong PAS ditemuramah pemberita dari media asing.

Bersama Sahabat.

Selepas dua hari HIMPUN, akhirnya Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak bersuara dan memberi komen bahawa perhimpunan ini adalah perhimpunan yang sopan dan terkawal.


Perhimpunan sopan, terkawal
Oleh Meor Hisham Zulkifli

sham@bharian.com.my
2011/10/24

Tiada pihak berasa terganggu, tertekan pada majlis anjuran HIMPUN

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) dipuji kerana berjaya mengadakan perhimpunan yang sopan dan terkawal pada Sabtu lalu, selaras dengan hasrat kerajaan untuk meminda Seksyen 27 Akta Polis berkaitan dengan perhimpunan secara aman.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perhimpunan itu amat jauh berbeza dengan perhimpunan haram BERSIH pada Julai lalu yang mencetuskan kekecohan kerana kali ini tiada pihak yang berasa terganggu, tertekan atau tidak selamat.
“Saya ucap tahniah kepada mereka sebab perhimpunan itu berlangsung penuh sopan dan begitu terkawal. Itu sebenarnya hasrat saya bila kerajaan tawarkan sebuah stadium untuk BERSIH mengadakan perhimpunan mereka (sebelum ini),” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Perdana Bersama Bekas dan Pesara Polis, di ibu negara semalam.

Kelmarin, hampir 10,000 menghadiri HIMPUN anjuran Sekretariat Himpunan Sejuta Umat dan beberapa NGO yang merumuskan 10 perkara dengan isu utama adalah mengingatkan semua pihak supaya tidak menceroboh hak umat Islam yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

Sehubungan itu, Najib berkata, dalam usaha meminda Seksyen 27 Akta Polis, kerajaan akan meneliti apa yang berlaku ketika perhimpunan HIMPUN dan membandingkannya dengan amalan negara lain.

“Ketua Polis Negara serta Menteri Dalam Negeri sedang meneliti dan merumuskan apa yang kita fikirkan (kaedah) terbaik dalam amalan sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi moden dan progresif bagi mengimbangi hak asasi individu dengan kepentingan umum serta soal keamanan dan ketenteraman awam,” katanya.
Seksyen 27 Akta Polis 1967 memperuntukkan, mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum membabitkan peserta lebih daripada lima orang, di dalam premis atau di luar bangunan, perlu mendapatkan permit daripada pegawai polis daerah bagi menjaga kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.

Ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, Najib mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Buang Negeri 1956 akan dimansuhkan, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Ia bagi memastikan hak dan kebebasan asasi rakyat terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Ditanya mengenai tuntutan HIMPUN yang menuntut kerajaan menggubal akta murtad, beliau berkata, semua akta dan undang-undang berkaitan hal ehwal agama terletak di tangan kerajaan negeri dengan Sultan sebagai ketua agama.

“Kalau ada tuntutan seperti ini, pihak berkuasa negeri akan meneliti dan membuat pertimbangan. Kuasa di bawah Sultan negeri-negeri,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung pensyarah, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, selepas dikatakan membuat kenyataan bahawa Sultan boleh dikritik, Najib berkata, pensyarah itu tidak digantung tugas seperti yang didakwa.

“Ramai yang salah faham. Saya dimaklumkan Reaktor UIA (Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin) bahawa dia hanya digantung ketika siasatan bagi membolehkannya memberi tumpuan terhadap siasatan. Ia bukan tindakan disiplin kerana ia masih disiasat,” katanya.

Najib berkata, kerajaan turut berharap pesara kerajaan tidak memandang enteng pelarasan gaji dua peratus setahun yang bakal dilaksanakan pada 2013.

INFO: Seksyen 27 Akta Polis 1967




  • Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah berkenaan. 






  • Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperoleh demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat. 






  • OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan tetapi bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang. 






  • Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budi bicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaannya dibenarkan. 
  • Thursday, October 20, 2011

    telefon anda ori x...

    RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !

    BERHATI2 SEMASA BELI HP...

    Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
    ► sila taip *#06#
    ► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
    ► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
    ... Contoh : 358671017470473
    ... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


    02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
    08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
    01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
    00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
    13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

    Derita buah zakar terlampau besar



    thumbnail
    LAS VEGAS: Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.
    myMetro.








    * Macam-macam dunia hari ni....

    Sunday, October 16, 2011

    Perkara-perkara yang bosan...

     Kenapa manusia bosan, adakah kerana dia rasa tidak diperlukan, atau dia fikir ada yang dalam hidupnya tidak diperlukan, sesetengah kebosanan bagi aku merangkummi banyak perkara, antaranya:
     Bosan bila apa yang dirancang tidak menjadi, boleh sasau dibuatnya, yalah bila kita merancang dan berharap ianya akan berakhir dengan apa yang kita rancang tapi yang terjadi sebaliknya, itu bila terus ada jawapan tapi lagi sasau kalau yang dirancang masih tiada penghasilannya, tambah lagi bila ditunggu berbulan-bulan.
     Bosan bila apa yang kita hendak, tidak kita dapat, yalah kita mengharap disekeling kita orang-orang yang boleh membahagiakan kita, tapi yang kita dapat sebaliknya, mereka-mereka ini lebih untuk mempergunakan kita bila senang kita umpama tiada, walau berada dihadapannya, tapi tika mereka dalam kesusahan tiba-tiba pulak boleh ajak nak jumpa.
     Bosan kerana terpelampau lama menyendiri, hmm.. ni satu lagi ke bosanan yang boleh buat jadi sasau, tapi bagi aku yang ni boleh di kawal kerana kekadang manusia perlukan satu masa untuk menyendiri, kerana dengan menyendiri seseorang itu boleh memusabah diri.(cam Uztaslah pulok).
     Bosan dengan Facebook, agak-agak ada tak orang yang boleh bosan dengan benda ni, aku pernah mengalaminya, tapi tak susah kerana bila kita bosan dengan benda ni just berhenti sekejap than bila bosan hilang sambung balik berFacebook... hehhee.
     Bosan sebab kehabisan duit, ni rasa aku memang akan jadi masalah pada setiap orang tak terkecuali aku, boleh tak kekaruan dibuatnya kalau dibautnya, tapi manusia harus pandai mengawalnya kerana kita ni jangan di kawal oleh duit, kita yang harus pandai mengawalnya.
     Bosan kerana banyaknya saman, aku boleh dikatakan tiap-tiap bulan dapat saman, tapi bukanlah saman juta-juta dari orang perseorangan, tapi saman parking dan banyak saman ni tak dapat aku jelaskan lagi, yalah logiclah cikit nak suruh aku saman, tempat yang kekadang aku nak parking takde, papan tanda tu cakap.. anda akan disaman kalau tak bayar parking. So salah aku ke, parking takde, suka akulah nak bayar ke tidak... dan rasanya tak senang hidup aku kalau dapat saman  RM juta-juta dan orang gila je yang nak saman aku RM juta-juta..hahahaaa
     Bosan dengan kerja, yang ni susahlah sikit kalu dah tahap bosan dengan kerja, sepatutnya kita kena bersyukur, yalah kat luar sana berapa ramai yang takda kerja, jadi kalu bosan dengan kerja berhenti je, cari kerja yang rasa-rasa tak bosan, tengok adakah anda akan dapat kerja yang tak bosan.
     Bosan makan makanan yang sama je, hmm bohonglah kalau aku cakap yang aku tak pernah bosan dengan makanan yang ada depan mata, jadi pandai-pandailah kita tukar-tukar manu makanan kita ya.
     Bosan dengan gajet-gajet kita, rasanya ramai yang mempunyai masaalah ni, tak kecuali aku, yalah kita beli dengan titik peluh kita, kekadang tu bukan murah, time beli bersemangat, tapi bila time guna tak reti, terkial-kial.. heheh.. so jangan salahkan orang lain ya.
     Bosan dengan jiran tetangga, yang ni kalau boleh jangan ada dalam diri kita, kerana kalau terjadi apa-apa, jiran kita yang akan membantu kita, terutama yang sedara mara jauh, so kalau jiran kita sombong kita jangan ikut sombong, sebab apa, nanti kalau dia memerlukan bantuan kita kita boleh buat-buat sombong...hahahaaa.
     Bosan dengan kenderaan kita, rasa-rasa korang pernah tak perkara ni terjadi pada korang, kalaulah tiba-tiba terjadi kat korang, buat macam ni, berhentikan kereta anda, kalau time tu anda berada di perhentian bus, terus naik bus, kalau kat perhentian teksi just tahan teksi dan naik.. tapi kalau berada tengah-tengah haiway, senang je, call pihak lebuh raya suruh tunda kenderaan anda, tapi make sure anda duduk sekali dalam lori tunda tu, sebabkan anda dah bosan dengan kenderaan anda.
     Oklah bosan pulok aku menulis perkara yang boleh buat orang bosan ni, nanti-nanti kalau aku tak bosan aku sambung menulis lagi non...

    Wednesday, October 12, 2011

    Santai di Perpustakaan Negeri Selangor

      Hmmm.. hari ni aku melepakkan diri di Perpustakaan Negeri Selangor, yang mana dahulunya perpustakaan ni berada ditengah-tengah Shah Alam, bersebelahan dengan Muzium Negeri Selangor, sekarang ia telah berpindah ke tempat baru bersebelahan dengan Kelab Golf Di Raja Selangor, memang diikutkan  kedudukannya agak jauh yang mana semasa mula-mula saya memandu terfikir juga di benak fikiran, kenapa dia orang buat satu perpustakaan yang mana satu tempat bertelah dan mencari bahan bacaan untuk semua peringkat umur dibuat begini jauh, untuk yang berumur dan mempunyai kenderan memang tiada masalah bagi dia orang, cuma bagaimana yang tidak mempunyai kenderaan seperti budak-budak di peringkat umur sekolah rendah dan menengah, tidakkah menjadi satu masaalah bagi mereka, untuk yang ibu bapanya berkemampuan tentu saja tidak sukar menghantar dan mengambil, tapi sungguh kasihan kepada yang kurang berkemampuan.... hmmmm.


      Sesampai saja saya, dapat dilihat betapa besar bagunannya, besar dan cantik, tempat parking yang banyak lalu tidak sukarlah untuk mendapat parking. Masuk saje saya ke ruang perpustakaan ternyata tidak mengecewakan, dengan susunan ruang bacaan yang santai dan selesa, ternyata hilang rasa kecewa ketika saya memandu kemari, jika dijenguk dijendelanya dapat dilihat permandangan yang cantik didepan mata, dengan view Masjid Negeri dan kehijauan pokok-pokok yang masih terperlihara. Bangunan ni besar dan bertingkat-tingkat, beberapa tingkat di sediakan untuk perpustakaan, yang lain-lain mungkin untuk pejabat pengurusan, untuk ruangan bacaan berada di tingkat satu dan dua, bahan-bahan bacaan berada ditingkat atas, disini disediakan ruangan khas bacaan untuk kanak-kanak dan ianya berada ditingkat dua, jadi ruangan bacaan di tingkat bawah dipenuhi oleh orang-orang dewasa, termasuklah saya.... Tidak lupa disini juga ada Kafe, cantik dan selesa....

    Friday, October 7, 2011

    Bermulanya Bajet 2012

    * Yuran Peperiksaan PMR dan SPM dimangsuhkan..
    * Pembelajaran sekolah rendah dan menengah secara percuma..
    * Menambah baik struktur gaji penjawat awam minimum RM80.00 sehingga RM320.00..
    * Gaji guru DG34 naik maksimum RM5000...
    * Kenaikan gaji penjawat awam 7-13%...
    * Kenaikan Pencin penjawat awam 2% setahun..
    * Umur persaraan di naikkan dari 58 ke 60..
    * Sumbangan RM3000.00 setiap persara tentera termasuk Duda dan Balu...
    * Penurunan harga Gula dan Minyak Masak...
    * Skim Rumah Pertama Ku dinaikkan dari RM220K ke RM400K dan dimangsuhkan duti setem...

    Bajet 2012

    Melepak d mamak sambil menunggu pembentangan bajet 2011....

    Helikopter...


    Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

    Thursday, October 6, 2011

    SEMINAR PERDANA

    Tajuk : Imam Al-Haddad dan Pemikirannya.
    Tempat : Masjid Negeri Shah Alam (Dewan bawah)
    Tarikh : 8hb Oktober 2011
    Waktu : 10 pagi - 12.30 tengahari
     * Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

    HAUL AKBAR(GENAP 300 TAHUN)

    MAJLIS SAMBUTAN HAUL IMAM ABDULLAH BIN ALAWI AL-HADDAD BAGI TAHUN 1432H/2011M.

    Sabtu, 8hb Oktober 2011 I 9 Dzulqaedah 1432H
    Masa : 6.00 petang - 9.30 malam
    Tempat : MASJID NEGERI SHAH ALAM
    Penceramah : Ulama Jemputan dari Dalam / Luar Negara
    (Imam Firdaus : 012-613 7541)

    Air Masak


      Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

    Sarapan..

       Hari ini bersarapan dengan sahabat powerku....berborak2, awal2 pembuka cerita kami berborak tentang pembukaan gereja yang katanya apabila bukanya nanti ia adalah gereja yang terbesar di Asia, yang mana  sekarang masih dalam pembinaan dan projek ini  terletak di Bukit Jalil.Rasa tidak puas hati oleh sahabat saya dapat dibaca oleh saya berdasarkan intonasi yang keluar dari mulut beliau, apa yang saya katakan padanya, perkara ini tidak dapat dielakkan, apa yang boleh kita sebagai orang islam ialah kuatkan dalaman kita, beliau hanya tersenyum dan kami bertukar topik2 lain selepas itu....

    Wednesday, September 21, 2011

    TTDI Jaya Banjir lagi...


    Hmmm... hari ni TTDI Jaya banjir lagi.. hujan turun mencurah2 membasahi bumi yang gersang ini dan dengan kelam kabutlah pemunya2 kenderaan menggalihkan kenderaan masing2... aku sempat snap gambar ni, kesian akak ni, mulanya dia mintak tolong kawannya alihkan, sampai je kawannya di kereta, pintu tak boleh buka, rupanya kuncinya salah, dahlah hujan lebat, merungut kawannya.. So tak tahan di rungut oleh kawannya, akak tu pun pergi sendiri alihkan keretanya....

    Sunday, September 18, 2011

    Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.

    Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


    Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

    Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

    Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

    Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

    Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

    Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

    Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

    Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

    Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

    Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

    Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

    Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

    Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

    Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

    Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

    Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

    Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

    Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.
    Gundah gurlana hati menyepi,
    Kala sepi menyapa diri,
    apakah masih ada kawan disisi,
    yang boleh berteman seketika dihati.....

    Laggam pak dogo...

    hmm.. masa untuk TL;DR.. rasa terpanggil pula untuk bedah maksud lagu 'langgam pak dogo' tu.. dogo tu 'dogol' kan, ertinya botak?

    baca lirik sekilas, mengisahkan hidup yang penuh pancaroba (menggunakan perkataan2 ini dalam lirik: yuda (perang), sugul, litar (petir), takdir runcing, gande rawe (kesedihan yang bertimpa-timpa)) tetapi lagu cakap, kita kena terus tabah meneruskan hidup (dalam lirik: wira harus tahan uji, seberangi titian takdir, jangan labuhkan sauh)..

    dan kemudiannya ada kisah pak dogo pula. kebarangkalian sangat besar kisah cinta pak dogo ni tragis kerana dalam rangkap pertama ada kisah Sita (isteri Seri Rama yang diculik), dan ada perkataan surayala (kayangan) dan wilmana (singgahsana yang terbang, kan?). dan ada ayat 'bisik dalam kelambu' dalam korus yang berbunyi seksual. 'lagak bodoh tapi bersengat' macam sesuatu yang dibuat dalam kelambu juga.

    mungkinkah pak dogo bercinta dengan bukan manusia? bunian? sampai kena cari 'gemala sakti dalam mulut naga'? awek Pak dogo tersebut diculik juga kah? dua rangkap terakhir mungkin mengisahkan pak dogo merancang nak dapatkan awek tersebut balik ('merancang dendam seribu malam') tetapi planning dia terencat sebab banyak termenung (macam lebai malang?). perkataan termenung keluar tiga kali dalam lirik": 'menung bawah panji wilmana', 'hujan pelangi sebab igauan' dan 'sesaat berangan lepaslah habuan'.

    ini semua pendapat sahaja: mungkin lagu ini pasal hidup/cinta yang penuh pancaroba, dan kalau kita tidak fokus, 'ikan tak dapat, umpan pula hilang'.

    p/s perkataan kerongsang mengingatkan kepada oedipus (dia cucuk mata dia dengan kerongsang) tetapi dia bercinta dengan emak sendiri. mungkin tak ada kena mengena.

    By: Saharil Hasrin Sanin

    Hmmm.. aku x sure pernah ke idok dengar lagu ni lalu aku search d YouTube...(http://www.youtube.com/watch?v=3KrL9zCjvfo)hehehee ada ko.. lagu ni nyanyian dato' M.Nasir, menarik gak... cuma sekarang terpaksa aku dengar lagu ni beberapa kali untuk faham sebutannya dan liriknya, yang pasti ia sesuatu yang fun... :)

    Thursday, September 15, 2011

    Cerita Raya Aku Masa Kecik..

    Ok masa ni aku kecik lagi,Umur tak pasti, aku di ajak oleh datuk aku, Katanya "paiden mari ikut aku beraya dengan Tengku Ampuan Besar".
    Aku ikut dan membonceng dengan Tok Bah (panggilan aku untuk Atok aku), Sampai satu tempat Tok Bah cakap pada aku "ha dah sampai, kamu jangan nakal-nakal ni istana". Aku hanya mengangokkan kepala.
    Sampai je depan pintu istana aku dan Tok Bah dijemput masuk, dapat ku lihat, punyalah cantik suasananya, kata Tok Bah "ni lah istana.. (aku tak ingat nama istananya)".
    Kami diiring ke satu bilik. Dapat aku lihat bilik tu bercahaya-cahaya kerana ruanganya tidak berbumbung, dan ada seorang perempuan memakai baju serba putih sedang duduk bertimpuh.
    Tok Bah menghampiri wanita tersebut. dari kejauhan dapat ku lihat betapa Berseri-seri dan bercahaya wajahnya.Tok Bah bersembang dengannya, selang beberapa minit Tok Bah memanggil aku "paiden mari bersalam degan Tuanku", aku pergi kearah mereka lalu bersalaman dengan wanita tersebut lalu mencium tangannya, Dia cium pipi aku dan hulur aku duit (hala balik aku tunjukkan pada Tok Bah duitnya dan tanyakan nilainya, kata Tok Bah ni duit 50, pertama kali rasanya aku terima duit raya RM50)
    Tengku tanya aku, "Kamu ada basikal", Aku gelengkan kepala, Lalu dia cakap kat Tok Bah "Kassim!... kamu bawak budak ni ke belakang dan pilih je mana-mana basikal yang ada dibelakang".
    Dan selepas tu kami pun berlalu, sekali lagi kami diiring cuma laluan kami tidak melalui masa kami masuk tadi, pengiring mendepakan tangan "Ha!!... pakcik, dibawah bangsal tu basikalnya, pakcik pilih je, nanti dah pilih bawak je basikal tu pulang ya".
    Dan pulanglah aku dengan senyuman melirik beserta duit 50 dan basikal baru.

    Thursday, August 18, 2011

    Iktikaf....


    Tipu Sunat...




    “Paiden!!!!.....”

    Berlari aku mendapatkan mak aku,
    “Ambil duit ni, pergi bandor beli susu adik ko, dah habis, nanti dia bangun nak susu”

    Tanpa fikir banyak aku ambil duit berwarna merah yang ada di tangan mak aku (10 ringgit)... aku dah tahu susu apa yang hendak di beli sebab biasa tengok Tinnya.
    Aku berlari turun dan dapatkan basikal di tepi tangga rumah, tak sabar nak sampai kedai, dalam benak fikiran aku dah terbayang apa yang nak di beli dengan duit lebihan beli susu.

    Aku kayuh basikal aku selaju mungkin, dalam perjalanan aku bertembung dengan rakan sekolah aku, aku panggil dia Pacat (nama sebenarnya dah lupa), dia tinggal berhampiran Sekolah Rendah Ahmad, mak dia menyewa rumah tauke kedai runcit, yang mana kedai tu hanya jual jajan untuk budak-budak sekolah, boleh dikatakan apa yang dijual tidak berapa baik untuk budak sekolah macam aku (dari segi kesihatanlah) aku tahu pun sebab mak tegah aku jangan beli itu - jangan beli ini.
    Kawan aku si Pacat tidak berseorangan, dia berdua dengan kawannya, aku tak kenal tapi aku perasan kawannya tu sama sekolah dengan kami.
    “Nak ke mana?”tanya Pacat kepadaku.
    “Nak ke kedai beli barang”jawabku.
    “Ooooo...jom ikut kita orang, kita orang nak pergi tengok Zoro".

    Memang masa tu cerita Zoro aku ikuti, tapi memandangkan TV kat rumah aku rosak jadi tak dapatlah aku ikuti cerita yang selanjutnya, tanpa fikir banyak aku cakap ok je, sebab cerita Zoro setengah jam je.
    Dan aku berkayuhlah membuntut mereka, dirumah kawannya si Pacat, bersungguh-sunguh kami menonton cerita Zoro sampailah cerita habis.
    Aku mintak diri dengan Pacat, aku cakap kat dia.

    “Pacat aku dah lewat, nanti mak aku marah”.
    “Alaaa!.. sabarlah, jom ikut kita orang”.
    “Nak pergi mana”.
    “Ikut je nanti ko taulah”.
    “Tak bolehlah, dah lama sangat ni, nanti mak aku risau”.
    “Jomlah! dekat je dengan kedai yang ko nak pergi tu”.
    “Oklah kalau macam tu”.

    Sampai-sampai je satu tempat, Pacat besuara.
    “Nilah tempatnya”.
    “Ko nak buat apa kat sini, ko nak mandi sungai ke, sungai ni kan dalam, mak aku cakap ada buaya kat sini”.
    “Takdelah, cetek je, kalau dalam macam mana orang nak pergi berak kat situ”.
    Pacat depakan tangannya ke arah sungai, terpandang aku satu pondok yang mana rasa-rasa aku pondok tu muat untuk sorang je, pondok tu terletak diatas beberapa batang kayu dan ianya terapung-rapung atas sungai.
    “Oklah Pacat ko mandilah, aku nak pergi kedai, lagipun aku tak pandai berenang”
    “Ko janganlah takut aku dan kawan aku pandai berenang, kami boleh ajar ko berenang” cakap Pacat pada aku.
    “Ah! aku mana ada bawak seluar salin, nak mandi macam mana”.

    Tiba-tiba aku tengok si Pacat dan kawannya dah berbogel dan berlari, lalu terus terjun kedalam sungai, gedebush!!!... bunyi air, berkelip-kelip mata aku tengok betapa seronoknya dia orang mandi.

    Pacat menjerit pangil aku suruh terjun.
    “Oi!!!.. Paiden cepatlah”

    Macam kena pukau, aku tanggalkan baju dan seluar aku, tanpa fikir banyak terus terjun kedalam sungai, aku rasa yang kaki aku tidak tijak tanah dan terus je tenggelam, berdetik hati aku "dalamnya sungai ni", aku dongak kepala keatas, dapat kulihat belak-belak air di sembah mentari,tiba-tiba aku nampak bayang-bayang kaki, aku tarik kaki tu dan aku kuak tangan aku sekuat-kuatnya, tahu-tahu aku dah ada kat tebing sungai.

    “Yang ko pergi terjun tempat dalam tu kenapa”jerit pacat pada aku.
    “Mana aku tahu tempat tu dalam ke tidak”.

    Aku tengok Pacat dan kawannya gelak besar kat aku dan terus aku cakap kat Pacat.
    “Aku nak baliklah”
    “Pergilah balik, anak mak".

    Aku tarik muka, tak faham kenapa Pacat cakap kat aku macam tu, aku sambar pakaian aku dan terus dalam keadaan kelam kabut aku sarungkannya ke badan lalu ambil basikal aku lalu kayuh selaju mungkin terus menghala ke kedai.

    Sampai di kedai, aku ambil susu dan pergi kat Nyah (Tauke kedai) untuk buat bayaran.
    “Yang ko ni beserabai je ni kenapa, apa Tok ko tak sikat rambut ko ke” tegur Nyah pada aku dan semua yang orang yang ada dalam kedai gelakkan aku, satu lagi perkara yang aku tak faham.
    “Susu 8 ringit, ko tak nak beli benda lain lagi ke”.
    “tak de dah” cakap aku pada Nyah.

    Aku selok poket, aku raba kedua-dua belah poket aku, kepala otak aku berfikir, "mana duit ni", pocket tak bocor, sah duit aku dah hilang, apa aku nak cakap dengan mak ni, tiba-tiba Nyah kejutkan aku dari lamunan.
    “Haa! mana duitnya, ramai lagi nak bayar ni”
    “Tak palah, saya lupa bawak duit”

    Aku berlalu sambil teliga aku dapat menangkap Nyah membabel, Cuma aku tak faham apa yang dibebelkan, sebab dia membabel dalam bahasa dia.

    Aku kayuh basikal menghala ke rumah, otak aku berputar laju, fikir apa yang aku nak bagi tau kat mak. Nak sampai rumah aku, ada satu pokok durian besar, aku turun dari basikal lalu sandarkan basikal aku kat batang pokok dan labuhkan punggung aku kat situ.
    "macam mana ni, nak cakap apa kat mak".

    Aku bangun dan dalam keadaan malas aku menolak basikal aku menghala ke rumah, sampai di rumah aku tengok Vespa Boh (Boh panggilan untuk ayah aku) ada, bergemuruh dada aku, “aduh masaalah ni” aku masuk rumak, Boh suruh aku duduk dan pelawe makan sekali dengan dia, aku pelik, Boh jarang balik awal.
    “Ha! Ko dari mane je ni, meh makan”
    “Ha! mana susunya, adik ko dari tadi dia dok melalak nak susu, ko pergi mana”
    “Tadi masa orang nak bayar, duit takde dalam pokek, orang patah balik dan cari kalau-kalau tercicir tepi jalan, tapi tak jumpa, tu yang lambat ni”

    Tiba-tiba Boh berbunyi
    “Ko bohong ni”

    Aku dah mula berpeluh walaupun masa tu kipas tepat kat muka aku.
    “Dah makan, lepas makan pergi kedai balik, ambil duit kat gerobok (almari) tu, hati-hati jangan hilang lagi”

    Allah!!!.. selamat aku, maaf Mak, Boh aku terpaksa tipu sunat hari ni ...

    Fatwa JAKIM. Takaful vs Insuran.







    TV9. Riba Itu Apa? oleh Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud (Penolong Pengarah Syariah) Bahagian Penyelidikan JAKIM.

    Monday, August 8, 2011

    Utusan Malaysia : China Larang Uighur berpuasa

    URUMQI 7 Ogos - Bulan Ramadan kali ini tidak bermakna bagi masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China selepas kerajaan mengharamkan mereka menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.

    * Sakitnya hati apabila terima perkhabaran berita saudara-saudara kita di China yang di tindas, mereka seperti di pertikaikan hak mereka apa kata kita boikot barangan dari china bagi berkongsi penderitaan saudara seagama kita ni....  Allah..huakbar.

    Monday, August 1, 2011

    Baru Belajar......


            





                                   

    Saturday, July 30, 2011

    En.Saharil

      Aku terbangun dari tidur, itupun setelah terdengar jam loceng hp ku berbunyi... Jam didinding menunjukkan pukul 7 pagi... tapi beratnya mata untuk bangun... jadi aku meneruskan tidurku (jangan ikut tabiat ini)... dan bila terjaga kali kedua, jam menunjukan pukul 9 pagi.. aku sambung tidur lagi... hingga terjaga kali ke tiga baru aku tersentak dan tergocoh-gocoh... dan jam menunjukkan pukul 11 pagi... fikiran aku rasa beceramuk lagi... mana dengan hal malam tadi dan terlupa apa yang aku nak buat hari ni... aku naik atas mandi, siap-siap berpakaian turun ke bawah semula, lalu aku siapkan sarapan,tiba-tiba Janah (isteriku) menjengukkan mukanya di tangga.... lalu bertanya..... Baba (panggilan oleh istriku) nak kemana pagi-pagi ni... kata nak keluar tengah hari.. Apabila terkeluar je soalan tu baru aku teringat yang aku nak jumpa En.Saharil..penulis buku KENTANG dan TENTANG...aku nampak buku TENTANG ada di meja tapi buku KENTANG tak tau dimana letaknya..
    Aku tanyakan pada Janah, mana letaknya buku tersebut... dengan selambanya dia cakap...Hmmmm... buku tu di rumah Ani... aku mintak dia call Ani.. dan jawapanya.. Ani hari ni takde di rumah dan takda sesiapa di rumah..ADUH!!!!... menambahkan sesak lagi benak aku..
    Janah suruh aku tunggu.. jangan pergi dulu katanya..aku meneruskan sarapan aku..selang beberapa minit Janah turun dengan pakaian yang siap untuk keluar..aku tanyakan padanya..nak kemana...katanya nak ikut Babalah...dengan sepontan aku katakan.. NO!!!!.. tak boleh ikut....dia tanya.. u nak kemana je ..... kenapa tak boleh ikut.. aku diam dan terus bersiap untuk pergi...tapi sempat aku katakan padanya ECONSAVE... pergi malam karang...dia hanya berdengoh je...
    Sampai di SACC.. aku hantar message pada En.Saharil d FBnya..dan dia reaply...katanya dalam pukul 3.00 petang baru ada disitu... aku termenung sebentar....dan benak aku terarah ke Masjid Negeri...lalu aku hidupkan enjin kereta lalu menghala ke masjid negeri...disana aku berjumpa sahabat-sahabat.. tapi ternyata fikiran ku tetap juga berserabut.... sehinggalah azan Zohor berkumandang....Allah.....
    Selepas solat aku ke SACC semula, aku park kereta di bahu jalan belakang SACC, risau juga takut-takut disaman, tapi memandangkan banyak je kereta yang parking disitu, aku jadi berani.
     Aku melangkah masuk kedalam SACC, ramai juga orang, boleh dikatakan padatlah, nak begerakpun susah, masa menunjukkan jam 2.45 petang, rasanya Saharil dah di booth FIXI seperti yang d katakan tadi.. sampai di booth aku dapati Saharil tiada, aku tanyakan pada budak yang ada kat situ, katanya En.Saharil pergi minum dekat Kafe tepi sana... sambil tangannya mendepa mengarahkan ke satu sudut, oklah adik abang pergi cari dia, aku belegar-legar di tepi Kafe yang di maksudkan oleh budak tadi, tapi bayangnya si Saharil tak juga kelihatan... pusing punya pusing jam dah menunjukkan masuknya waktu Asar, jadi aku mengerjakan solat asar dulu, setelah selesai aku terus ke booth FIXI dan aku dapati en.Saharil berada dibelakang bidai, tanpa berlengah aku bagi salam, terus aku kenalkan diri, tiba-tiba en.Saharil menanyakan aku, nama paiden itu nama betul ke nama samaran, aku cuma senyum dan menghulurkan buku untuk en.Saharil turunkan tandatangan, selepas itu aku minta izin untuk bergambar,aku  berjabat tangan dengan en.Saharil dan aku berlalu dari situ........

    Ramadhan 1432H

    Thursday, July 28, 2011

    Rumah kecil di atas daun

    Kalau masa kecik selalu orang tua2 bercerita.. yang pasti ceritanya pasti Dongeng..dan apabila dengar je cerita aku pasti termenung dan menghayatinya dan cuba gambarkan apa yang diceritakan.. pelik tapi benar.. walaupun hanya becerita aku seperti berada didalam cerita2 tu... macam betul2 hidup...

    Tapi bila tgk je gambar n tajuknya ni... Aduh penin aku... klu ko orang nak tau aku dok pikir dari pagi sampai la ni apa sebenornya nak di terjemahkan oleh si Saharil ni... aku klik gak di ADVENCER KETUPAT MASAM....Aduh!!!!. ... menambahkan sesak d benak......sampai tahap aku bertanya sendiri Saharil ke dalam rumah 2... x tengelam ke umah 2 nak tampung badan bagak macam si Tuan Saharil.... :)( 

    Tuesday, June 28, 2011



    Hmmmmm... AsSalam.... lama x berBlog.... nak kata sibuk!!! idok.... senang cita malas....he3.. oklah... ni biar aku selit activity2 aku.. bisalah.... klu yg bergambor lebih tertarik kot..he3... yg x suke buat2 suke K....
    Murjahid2 Takaful.....
     18hb June..dgn Ust. Fauzi Konvensyen ajen2 Takaful di PWTC 
    kate baru bos aku...sapa kata buat Takaful x boleh hidup Panamera S (RM800k)
    dari IJN kami sempat singgah diAkurium Shah AlamHa... ni anak aku...masa ni di IJN, Madical Appoiment... sementara menungu sempat juga aku suruh dia bergambar.. tengoklah aksi2 dia...macam2 aksi d buatnya...

    Sunday, March 13, 2011

    Etiqa Takaful bolot lima anugerah





    ARKIB : 12/03/2011
    Etiqa Takaful bolot lima anugerah
    KUALA LUMPUR 11 Mac - Etiqa Takaful Bhd. (Etiqa Takaful) menerima lima anugerah pada Malam Anugerah Takaful kali kedua anjuran Persatuan Takaful Malaysia.
    Lima anugerah yang berjaya dirangkulnya itu ialah Pengendali Kumpulan Perniagaan Terbaik, Pengendali Bantakaful Terbaik dan agensinya, Adventurine Agensi Sdn. Bhd. yang memenangi Anugerah Pengeluar Juta Dolar dan agennya, Zulkifli Othman pula meraih Anugerah Agensi Juta Dolar.
    Etiqa Takaful juga dinamakan sebagai Pengeluar Perniagaan Kumpulan Terbaik dan Anugerah Perniagaan Kumpulan Takaful Terbaik untuk kerjasamanya dengan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.
    ''Kemenangan ini menunjukkan kejayaan Etiqa Takaful sebagai peneraju dalam industri ini dan menjadikan ia berbeza melalui platform menginsankan takaful,,'' kata Shahril Azuar Jimun, Ketua Pegawai Eksekutifnya.

    Monday, March 7, 2011

    **Pancarkan kecerian di wajah mu walau di hati diselaputi kedukaan, sesungguhnya setiap cahaya yang terpancar di wajah mu akan membahgiakan hati2 yang memandangnya**...