Wednesday, October 12, 2011
Santai di Perpustakaan Negeri Selangor
Hmmm.. hari ni aku melepakkan diri di Perpustakaan Negeri Selangor, yang mana dahulunya perpustakaan ni berada ditengah-tengah Shah Alam, bersebelahan dengan Muzium Negeri Selangor, sekarang ia telah berpindah ke tempat baru bersebelahan dengan Kelab Golf Di Raja Selangor, memang diikutkan kedudukannya agak jauh yang mana semasa mula-mula saya memandu terfikir juga di benak fikiran, kenapa dia orang buat satu perpustakaan yang mana satu tempat bertelah dan mencari bahan bacaan untuk semua peringkat umur dibuat begini jauh, untuk yang berumur dan mempunyai kenderan memang tiada masalah bagi dia orang, cuma bagaimana yang tidak mempunyai kenderaan seperti budak-budak di peringkat umur sekolah rendah dan menengah, tidakkah menjadi satu masaalah bagi mereka, untuk yang ibu bapanya berkemampuan tentu saja tidak sukar menghantar dan mengambil, tapi sungguh kasihan kepada yang kurang berkemampuan.... hmmmm.
Sesampai saja saya, dapat dilihat betapa besar bagunannya, besar dan cantik, tempat parking yang banyak lalu tidak sukarlah untuk mendapat parking. Masuk saje saya ke ruang perpustakaan ternyata tidak mengecewakan, dengan susunan ruang bacaan yang santai dan selesa, ternyata hilang rasa kecewa ketika saya memandu kemari, jika dijenguk dijendelanya dapat dilihat permandangan yang cantik didepan mata, dengan view Masjid Negeri dan kehijauan pokok-pokok yang masih terperlihara. Bangunan ni besar dan bertingkat-tingkat, beberapa tingkat di sediakan untuk perpustakaan, yang lain-lain mungkin untuk pejabat pengurusan, untuk ruangan bacaan berada di tingkat satu dan dua, bahan-bahan bacaan berada ditingkat atas, disini disediakan ruangan khas bacaan untuk kanak-kanak dan ianya berada ditingkat dua, jadi ruangan bacaan di tingkat bawah dipenuhi oleh orang-orang dewasa, termasuklah saya.... Tidak lupa disini juga ada Kafe, cantik dan selesa....
Labels:
Tulisanku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam uncle rich, sihin nih :)
ReplyDeletesihin hampir tiap rabu ada di library ni.kalau selisih tegur tegur ye :)
Wkmslm... oh yeay... selisih x tegur tapi klu terlangor baru tegor... hahaaa..
ReplyDelete